Monday, 13 July 2015

Bahagia??
 Ye....bahagia...itu isu yang saya nak kongsikan di sini. Orang selalu kata saya bahagia...aku bahagia..bahagianya aku...tapi betul ke kita bahagia?
 Malah ada yang menunjuk2 seolah2 dia bahagia...berjalan berpimpin tangan, berpeluk mesra suami isteri, upload gambar pergi bercuti...tulis dalam status di facebook, twitter, instagram...BAHAGIA....
 Tapi betul ke apa yang kita lihat dan nampak and apa yang kita tonjolkan itu tanda kita bahagia?
   Bagi saya, bahagia bukan sesuatu yang perlu ditunjuk..sebab bahagia itu bukan lah benda yang nampak tetapi dirasai...kita yang rasa kita bahagia...kita yang tahu kita bahagia...sesuatu yang zahir tidak semestinya itulah realiti...ada kalanya..terpaksa tunjuk kita bahagia demi anak2, ibu ayah, adik beradik, kawan2...
  Apa yang pasti...saya bahagia dengan perkahwinan saya yang baru berusia 12 tahun..setakat ini saya bahagia...walaupun saya tidak disulami emas permata, tidak dibawa terbang ke serata dunia..tapi Alhamdulillah saya bahagia seadanya dia...
 Apa yang pasti, saya memerlukan kehadiran  suami saat2 yang penting, genting dalam hidup saya. Seperti saat2 melahirkan cahaya mata, selepas meletakkan kebergantungan pada Allah, saya memang memerlukan suami sebagai penguat semangat...dan Alhamdulillah sepanjang dalam berpantang suami menjaga sepenuhnya kecuali anak yg sulung...23 hari di kampung..dan selepas itu suami yang minta untuk menjaga saya berpantang...
  Saya rasa bahagia itu...tapi saya tidak menzahirkan dengan perbuatan...suamiku bukan romantik tapi cukuplah dia bertanggung jawab..bertanggungjawab pada agamanya...pada ma nya, pada aku dan anak2....
  Ya allah terima kasih atas segala kejadian yang kau timpakan pada aku..sesungguhnya setiap kejadianMu ada rahmat dan hikmah....Amin

Wednesday, 13 May 2015

Sekejap2 dia kalih mata ke pergelangan tangan kanan. Jarum jam bergerak 5 minit lagi. Bermakna dia dah berdiri di pondok bas itu lebih kurang 20 minit...semalam masa dalam telefon, terang2 telinga dia mendengar kononnya nak menjemput tepat jam 9 pagi..ni dah...dia kalih lagi pada jam di tangan...Ha..9.25 pagi...bas, teksi dah silih berganti lalu....Heeee..geram sungguh la...ikut rasa hati..mau saja dia tinggalkan pondok bas tu dan tinggalkan saja segala janji malam tadi...
Sayup2 mata dia nampak sebuah kereta berwarna putih memberi signal sebelah kiri. Hati yang sedia panas memang rasa nak hempuk je kereta ni nanti. Tunggu la bila kau berhenti nanti..gumamnya.
'Sorry...lewat'Misha buat senyum selamba. Dia sedar kesilapan diri yang terlewat. Tapi dia bukan saje2 nak datang lewat...dia ada alasan sendiri kenapa dia lambat seperti yang dijanjikan.
'Cepatla masuk...kalau ye pun nak aku pujuk bagai, masuk dulu' ajak misha. Dengan wajah cemberut, Najiha buka juga pintu Viva milik Misha. Tak boleh la nak kekwat sangat..nanti tak pasal2 aku kena naik bas. Elok2 orang nak tumpang...safe duit aku..ngomel Najiha dalam hati sambil sempat menjeling Misha tanda protes.
'Hehehe..'Misha ketawa suka memandang jelingan Najiha.
'Jangan la jeling2 aku Ji,kang aku cancel nak belanja kau brunch kang...'ugut Misha. Kereta viva miliknya mula bergerak meninggalkan pondok bas di pekan Mantin itu yang telah mula dibanjiri orang ramai.
'Cube engkau cerita sikit apasal kau lambat? kau tahu tak, kaki aku dah lenguh berdiri. Janji pukul 9..ni lebih setengah jam. Apa da?' Najiha menghemburkan amarah yang terbuku dari tadi.
'Sorry Ji...aku sebenarnya terlewat bangun. Maklumla aku dpt lesen besar..pas tu, Adelia..anak kak long aku sibuk pula nak suruh belikan nasi lemak kedai Abang Alan..padahal ibu die dah siap2 belikan nasi lemak tadi...tapi dia tak nak..dia tetap nak nasi lemak Abang Alan..so,terpaksa la acu dia yang comel ni pergi belikan'terang misha sambil matanya sekejap2 memandang ke Najiha dan kadang2 ke cermin belakang atau sisi dan yang lebihnya kehadapan. Tahu sangat Najiha saat Misha menyebut 'lesen besar' itu. Maknanya dia cuti solat. Ha..ye lah..memang lesen besar. Lesen paling besar di dunia ini. Bawak la ke makhamah mana. Takkan menang punya.
'Banyak la kau punya comel' bidas Najiha.'Ehh..kita nak ke mana ni?'
'La..kate nak berjimba...nak meraikan sempena tamat belajar kita'jawab Misha masih dalam keadaan selamba.
'Iye la...aku tahu tu. Sebab tu aku tanye...semalam kate nak pegi Aeon Mall kat Seremban 2. Ni nak menghala ke mana pulak ni?'
'Alamanda'
Ha....Alamanda? Minah ni suka suki dia je nak tukar2 program.