Wednesday, 13 May 2015

Sekejap2 dia kalih mata ke pergelangan tangan kanan. Jarum jam bergerak 5 minit lagi. Bermakna dia dah berdiri di pondok bas itu lebih kurang 20 minit...semalam masa dalam telefon, terang2 telinga dia mendengar kononnya nak menjemput tepat jam 9 pagi..ni dah...dia kalih lagi pada jam di tangan...Ha..9.25 pagi...bas, teksi dah silih berganti lalu....Heeee..geram sungguh la...ikut rasa hati..mau saja dia tinggalkan pondok bas tu dan tinggalkan saja segala janji malam tadi...
Sayup2 mata dia nampak sebuah kereta berwarna putih memberi signal sebelah kiri. Hati yang sedia panas memang rasa nak hempuk je kereta ni nanti. Tunggu la bila kau berhenti nanti..gumamnya.
'Sorry...lewat'Misha buat senyum selamba. Dia sedar kesilapan diri yang terlewat. Tapi dia bukan saje2 nak datang lewat...dia ada alasan sendiri kenapa dia lambat seperti yang dijanjikan.
'Cepatla masuk...kalau ye pun nak aku pujuk bagai, masuk dulu' ajak misha. Dengan wajah cemberut, Najiha buka juga pintu Viva milik Misha. Tak boleh la nak kekwat sangat..nanti tak pasal2 aku kena naik bas. Elok2 orang nak tumpang...safe duit aku..ngomel Najiha dalam hati sambil sempat menjeling Misha tanda protes.
'Hehehe..'Misha ketawa suka memandang jelingan Najiha.
'Jangan la jeling2 aku Ji,kang aku cancel nak belanja kau brunch kang...'ugut Misha. Kereta viva miliknya mula bergerak meninggalkan pondok bas di pekan Mantin itu yang telah mula dibanjiri orang ramai.
'Cube engkau cerita sikit apasal kau lambat? kau tahu tak, kaki aku dah lenguh berdiri. Janji pukul 9..ni lebih setengah jam. Apa da?' Najiha menghemburkan amarah yang terbuku dari tadi.
'Sorry Ji...aku sebenarnya terlewat bangun. Maklumla aku dpt lesen besar..pas tu, Adelia..anak kak long aku sibuk pula nak suruh belikan nasi lemak kedai Abang Alan..padahal ibu die dah siap2 belikan nasi lemak tadi...tapi dia tak nak..dia tetap nak nasi lemak Abang Alan..so,terpaksa la acu dia yang comel ni pergi belikan'terang misha sambil matanya sekejap2 memandang ke Najiha dan kadang2 ke cermin belakang atau sisi dan yang lebihnya kehadapan. Tahu sangat Najiha saat Misha menyebut 'lesen besar' itu. Maknanya dia cuti solat. Ha..ye lah..memang lesen besar. Lesen paling besar di dunia ini. Bawak la ke makhamah mana. Takkan menang punya.
'Banyak la kau punya comel' bidas Najiha.'Ehh..kita nak ke mana ni?'
'La..kate nak berjimba...nak meraikan sempena tamat belajar kita'jawab Misha masih dalam keadaan selamba.
'Iye la...aku tahu tu. Sebab tu aku tanye...semalam kate nak pegi Aeon Mall kat Seremban 2. Ni nak menghala ke mana pulak ni?'
'Alamanda'
Ha....Alamanda? Minah ni suka suki dia je nak tukar2 program.

No comments:

Post a Comment